07.03.2022
Kepada : Semua Wakil Kongres Kebangsaan Parti & Setiausaha Cawangan
Saudara / Saudari,
Re: Program dan Agenda Kongres Kebangsaan Parti Ke-17
Sukacita dimaklumkan program dan agenda Kongres Kebangsaan Parti Ke-17 yang akan berlangsung pada 20hb Mac 2022 di IDCC Shah Alam, Jalan Pahat L15/L, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor.
Pendaftaran
7.30 -10.00 pg
:
Pendaftaran para wakil (Tingkat 1 & Tingkat 7) - Sila rujuk lampiran.
9.45 pg
:
Para wakil mengambil tempat masing-masing (Tingkat 7)
Upacara Pembukaan Rasmi & Urusan Kongres Kebangsaan Parti
10.15 pg
:
- Ucapan Aluan oleh Pengerusi Kebangsaan
10.30 pg
:
- Ucapan Dasar oleh Setiausaha Agung;
- Laporan JTP dibentangkan oleh Setiausaha Agung;
-
Memilih satu Jawatankuasa Tertinggi Pusat; (Tingkat 1 & Tingkat 7) - Sila rujuk lampiran
12.00 tgh
:
Makan Tengahari
1.15 ptg
:
- Meluluskan Minit Persidangan Parti yang terdahulu;
- Menimbang dan menerima daripada JTP satu Penyata Kira-kira Kewangan yang
telah diaudit dengan sempurna dan meliputi tahun-tahun kewangan yang terdahulu
- Menimbang dan menerima Laporan JTP;
- Menimbang dan menerima cadangan pindaan-pindaan Perlembagaan Parti;
- Meluluskan ketetapan-ketetapan yang dibentangkan oleh JTP;
- Melantik seorang akauntan berkelayakan atau sebuah firma akauntan berkelayakan sebagai Juruaudit luar Parti sehingga Kongres Kebangsaan Parti yang akan datang;
- Melantik dua orang ahli Parti sebagai Juruaudit dalaman Parti sehingga Kongres Kebangsaan Parti yang akan datang.
5.30 ptg
:
Mesyuarat ditangguhkan sine die
Sekian, terima kasih.
Rakan seperjuangan anda,

Lim Guan Eng
Setiausaha Agung
MUSTAHAK:
- Tempat Pendaftaran dan Pengundian berada di Tingkat 1 & Tingkat 7, IDCC Shah Alam.Para wakil telah diperuntukkan satu nombor wakil dan nombor Kaunter Pendaftaran dan Pengundian yang tertera di sampul surat.
- Agenda Kongres Kebangsaan Parti hanya dihantarkan kepada para Wakil dan Setiausaha cawangan sahaja Sila imbas Kod QR di atas untuk dapatkan salinan dokumen Kongres Kebangsaan Parti dan carian Kaunter Pendaftaran Dan Pengundian
- Memandangkan ancaman Covid 19 masih berleluasa, maka kehadiran ke Kongres Kebangsaan Parti kali ini adalah dihadkan kepada Wakil sahaja.Para Wakil juga diminta mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) kawalan covid 19 di Kongres Kebangsaan Parti.
- Para Wakil dan Pemerhati hendaklah memakai pakaian seragam parti (Lelaki: baju putih dan seluar panjang hitam; Wanita: baju putih dan skirt/seluar panjang hitam).